Objektif Fully Residential School International Symposium

Penglibatan pelajar dari negara berbeza dalam program antarabangsa ini membolehkan mereka berinteraksi dan berfikir secara global sambil mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh mengikut norma negara tuan rumah.

Program ini juga mengasah sifat kepimpinan dalam kalangan pelajar untuk menganjurkan program di peringkat antarabangsa, melalui penglibatan mereka dalam jawatankuasa kerja, sebagai asas yang memastikan kelancaran program ini.

Simposium Antarabangsa Sekolah Berasrama Penuh (FRSIS) membawa impak yang ketara dalam memupuk individu yang mempunyai tahap daya saing yang tinggi, meningkatkan kualiti kepimpinan dalam kalangan pelajar di peringkat antarabangsa, serta membentuk mereka menjadi pemimpin global.